Sunday, December 23, 2007

siri pengenalan

Tooooot…tootttt….toooottt….nyaring kedengaran bunyi keretapi yang datang dari arah pantai timur.Keretapi menghala ke selatan telah sampai. Aku melangkah masuk ke dalam gerabak keretapi. Suasana pagi itu cukup sibuk. Mungkin orang ramai ingin pulang bercuti sempena musim perayaan ini. Aku duduk di kerusi yang tertera nombornya seperti di tiketku. Kemudian perlahan-lahan keretapi itu bergerak meninggalkan stesen keretapi Jerantut. Aku menghela nafas yang panjang seakan mengeluh. Aku akan meninggalkan tempat ini …tapi aku tak pasti bila aku akan kembali lagi ke sini. Terlalu banyak kenangan aku di sini. Ahh…aku membuangkan jauh-jauh segala kenangan yang bermain di kepala. Aku pejamkan mata dan lelap dalam deru enjin keretapi yang bergerak laju menuju ke destinasi berikutnya.

Entah berapa kali keretapi itu berhenti di stesennya, aku tak pasti…ketika aku sedar, aku telah sampai ke stesen keretapi Kluang. Aku mencapai beg pakaian lusuh yang ku letakkan di bawah kaki dan bergegas turun. Mata aku melilau memerhatikan manusia yang berada disitu. Bermacam ragam dan gelagat. Tapi semua itu tidak menarik perhatian ku. Aku cuba meninjau kalau-kalau ada wajah yang aku kenali disitu. Tiada.

Perkara penting yang aku fikir selepas itu….Lapar. Aku singgah di sebuah gerai makanan dan memenuhi kehendak perutku dulu. Lega. Sejak pagi tadi aku tak menjamah apa-apa. Nak kemana selepas ini? Tak pasti lagi.Aku terus melangkah tanpa tujuan. Sedar-sedar aku sudah berdiri di hadapan surau. Dan aku menunaikan kewajipan aku pada yang Satu. Tenang. Selesai solat aku merangka arah perjalanan aku selepas ini. Aku perlu mencari tempat menginap. Mentari makin condong. Hari yang cerah akan bertukar menjadi gelap sebentar lagi.

Ketika aku melangkah keluar surau… PAP! aku tersentak bila bahuku ditepuk keras. Lantas aku menoleh….BUK! serentak itu aku dirempuh keras oleh seseorang….aku terjatuh dan pandanganku kabur bila aku rasa cecair panas meleleh menutup pandangan mataku….Gelap!
(Bersambung)….

episod 1
Title: Titian perjalanan.

“Ini budak penyangak tu lah punya kerja! Memang dasar kaki dadah, macam tu lah perangainya…sampai mampos makan maki hamun orang je! Kampong kita ni dah tak aman pasal budak sial tu dah baliklah!!!” bentak Sahak. Marah betul dia petang itu. Mau tak hangin…pagi tadi elok dia nak pegi menoreh..alih-alih basikal yang diparking bawah rumahnya lesap.Pak Abu, Kamal mandor dan Wak Seman yang berada semeja dengan Sahak hanya tunduk diam. Mata masing-masing terkebil-kebil memandang gelas tea tarik. Tak berani mereka nak bersetentang mata dengan Sahak. Mereka sudah paham sangat dengan perangai Sahak…lagi-lagi kalau dia dah naik hantu. Sahak terus membebel lagi sambil menhentak-hentak meja sampai huru hara cawan atas meja itu dibuatnya. Pelahan-lahan Abu, Kamal mandor dan Wak Seman mengheret cawan dan kerusi masing-masing ke meja sebelah. Kalau mereka terus menghadap Sahak mau mandi tea tarik nanti jawabnya.Isu hangat petang itu ialah kes kecurian besi pula. Semakin hari, semakin menjadi-jadi. Semua ini bermula sejak Pak Man senteng membuka perniagaan besi buruk di kawasan kampong sebelah 2 bulan lepas.
“Sabar Sahak…engkau nampak ke budak tu mengambil basikal engkau tu? Jangan engkau nak menuduh orang sesuka hati…berdosa tu!!! Tiba-tiba Lebai Kassim bersuara, tenang. “ Kita ni kalau nak menuduh orang kena ada bukti dan saksi…Engkau ada saksi ke? Bukti?” soalnya lagi. Sahak Diam. Mungkin tengah menyusun ayat untuk membalas soalan Lebai Kassim tadi. “ Tak ada lah…habis tu kalau bukan dia siapa lagi? Dia tu bekas penagih Lebai.. mesti kerja dialah…” suara Sahak mula mengendur. “Oh… sebab dia bekas penagih, senang-senang kamu nak tuduh dia? Mudah bebeno kamu menjatuhkan hukuman ya?” Sindir Lebai Kassim. “ Pak Mat!!! Kira ni !!! Lebai tunggu la nanti, kalau perkara ni berlaku pada batang hidung Lebai nanti…jangan baru nak menyesal!” jawab Sahak sambil menyentap kerusinya kebelakang. Dia menghulurkan duit not 2 ringgit kepada Pak Mat dan terus berlalu. Lebai Kassim dan beberapa pelanggan yang berada di warung itu hanya memerhati sambil menggelengkan kepala.
Aku duduk di beranda sambil memerhatikan emak menyapu sampah. Wajah tua itu ku renung. Tiba-tiba Sebak. Emaklah satu-satunya orang yang masih menerima aku. Di saat orang lain mengeji dan memandang hina pada aku, dia tetap memberi kekuatan dan nasihat agar aku terus bersemangat untuk meneruskan hidup. Mungkin dulu aku pernah buat silap…kerana terlalu taksub mengikut nafsu remaja..aku dijerat oleh kawan-kawan dalam kancah najis dadah. Tapi sekarang aku dah bertaubat..aku benar-benar insaf. Aku nak hidup tenang dan berjaya seperti orang lain.
“ Betul ke kamu tak buat kerja dulu tu lagi Mail?” tiba-tiba emak menyoal aku. Aku tersentak dari lamunan. “ Apa mak?” soal ku balik. “ Betul ke kamu tak terlibat dengan kes curi besi kat kampong kita ni?” kali ini soalannya lebih direct. Emak memandang aku. Wajahnya yang berkedut itu nampak agak sayu. Aku diam. Aku lemparkan pandangan ke kaki bukit yang menghijau dengan pokok-pokok getah. - (bersambung)…

EPISOD 2
titian perjalanan.
Mungkin inilah balasan Tuhan pada dosa-dosa aku yang lalu. Terlalu sukar orang disekeliling ingin mempercayai aku. Tapi aku yakin pada kebenaran. Akan aku buktikan bahawa aku kini benar-benar sudah bertaubat. Mungkin suatu hari nanti orang akan percaya pada aku juga. Aku menatap mata mak yang sudah berkaca.“ Tak mak…saya tak buat benda tu…” aku cuba menyakinkan emak. Tapi aku tak tahu apa yang bermain difikirannya. Aku harap mak akan percaya. Aku lihat air mata mak mengalir bila mana matanya berkerdip. Cepat-cepat mak memaling mukanya kearah lain dan berlalu meninggalkan aku yang masih kebinggungan. Aku tahu mak sayangkan aku. Aku harap airmatanya yang mengalir itu adalah airmata yang gembira, bukan airmata kesedihan.
Petang itu ketika aku membonceng motosikal melalui jalan kebun getah untuk ke pekan, aku ditahan oleh sekumpulan budak muda yang dating entah dari mana. Aku tak pernah lihat muka mereka di kampong ini. Ketika aku memperlahankan motosikal,salah seorang daripada mereka dah capai kunci motor aku. Baru aku nak buka mulut bertanya tujuan mereka. PAK! Aku sepakan keras membidas belakangku. aku jatuh dan cuba bangun untuk mempertahankan diri. BUK! BAK! Sepakkan demi sepakkan menghentam perutku.gelap sekejap pandanganku. Aku batuk dan termuntah. Aku tak berdaya untuk berdiri lagi. Tiba-tiba rambutku disentap dari belakang. TUP! TUP! TUP! Bertalu-talu tumbukan mengenai bahagian muka ku. “ Ini Last Warning Ar…INGAT!!!” kedengaran suara parau memekik di telingaku. Kedengaran juga suara orang ketawa terbahak-bahak. Kemudian aku di heret dan dihumban ke dalam belukar berhampiran kawasan kebun getah itu. DUK! Kepalaku menghentam sesuatu yang keras. Aku pitam.
Aku tersedar bila mana air hujan mengenai muka ku. Aku lihat keadaan di sekelilingku gelap gelita. Aku merangkak dari dalam belukar mencari kawasan jalanraya. Hujan makin lebat diiringi dentuman petir dan cahaya kilat. Fikiran aku teringatkan emak dirumah. Terasa perit tanganku dihiris duri-duri pokok yang terdapat dibelukar itu. Akhirnya aku berjaya menemui jalanraya. Dalam pekat malam berteman cahaya kilat aku mencari motosikal ku. Malam itu tiada kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Mujur aku menjumpai motosikalku semula. Tanpa fikir panjang aku terus menghidupkan motorsikal dan pulang ke rumah.
Tepat jangkaan ku. Sampai dirumah aku lihat emak duduk menunggu aku di tangga. “ Kau kemana Mail?” belum sempat aku naik ke rumah emak sudah menyoalku. “ Ya Allah..apa sudah jadi dengan kamu ni!! Emak seakan menjerit bila melihat keadaan pakaianku yang terkoyak dan dipenuhi tompok-tompok darah. Aku diam membisu. “Kamu bergaduh ke?” Soal mak lagi. “ Tak Mak…saya terjatuh”. Jawapku agar segala tanda tanya dalam fikiran emak tadi terjawap. Aku bingkas pergi membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum masuk tidur. “ Mail…kamu dah makan?” tiba-tiba terdengar suara emak ketika aku selesai bersolat. “belum”. Jawabku ringkas. “Mari makan dulu”. Panggil emak dari dapur.
Ketika aku sedang makan, emak duduk menemankan aku. Emak merenung wajah aku. Tapi aku buat selamba je. Makanan ku suap cepat ke mulut. Berselera rasa. “ Kamu jatuh dekat mana tadi?” soalan emak itu membuatkan aku hampir tersedak. Dan aku jadi bertambah tak keruan bila terpandang airmata emak mengalir.
"ja..jatuh kat simpang balai raya.." kataku. "kamu jangan nak bohong mak! dari kecik sampai beso emak yang jaga kamu..mak tahu kamu menipu!" tegas suara mak". bukan niat aku nak berbohong...tapi....aku...Aku cerita lain kali jer lah kat korang iye....(tunggu sambungannyer nanti)

11 comments:

Anonymous said...

Gua Cayak sama lu..!

JOE said...

gua pun cayak ngan lu Bro!!!
bila nak online kartun lu ni...ghindu la ngan lawak hang tuah dedulu tu.

AbGJaS said...

Hi Johan,
Pengalaman sendiri ke tu?
Bila berlaku?

JOE said...

hai Abgjas...
kisah ni bukan kisah saya...ini cerita semua orang.mungkin kawan kita, jiran,dan masyarakat sekeliling...kisah ni biasa berlaku dalam masyarakat. mungkin ada beberapa perkara yang ada kena mgena sipi-sipi.

Anonymous said...

Johan
hang tau gak no pasal lawak hang tuah huhu....kalau ada bole tak hang scan mana kartun aku yg hang dah jumpa....aku miss la tak dapat collect kartun yg aku lukis...

JOE said...

Ada...insya Allah aku tolong scan kan nanti...macamana aku nak bagi kat ko?

Anonymous said...

Johan

send kat

mistakenidentt[at]gmail.com

bole tak scan kartun kartun aku yg ko pernah baca atau terjumpa.

lagi satu bole kasi email ko?

timakasih...

Anonymous said...

Sepi ajer...

Jonjenin said...

ader la bro...gua agak bz menguruskan hal-hal kehidupan ni haa.
tunggu gua kasi kaw2 punya nanti.

ijoi said...

ini kisah benar ke atau kisah bukan nama sebenar atau kisah tak berapa nak benar tapi memang nama sebenar. Apa pun cuba try buat novel grafik ke bai

Jonjenin said...

macam nak benar jugak la...tapi tak benar2 lagi...