Saturday, September 20, 2008

BAHASA DARI DALAM JIWA.

~ Ucapan Seikhlas Hati~
"Selamat Hari Jadi ...Kukalungkan buatmu,
Semoga segala mutiara kehidupan yang bersinar akan mengunjungi dirimu
buat kini dan selamanya..."
Tarikh yang sering kita ingati dalam hidup ini adalah hari kelahiran kita...
Pada tarikh keramat itulah bermulanya episod hidup kita...
Bila tiba tarikh tersebut seringkali kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kegembiraan kerana kita telah dipilih untuk lahir ke dunia dan Kesyukuran kerana kita masih diberi kesempatan hingga ke hari ini OlehNya.
Jarak waktu yang berlalu mengukir seribu macam kenangan suka dan duka. Disitu jualah kita belajar banyak pengertian tentang kehidupan yang akhirnya mendewasakan kita...
Kadangkala, dugaan yang membelit kehidupan dapat mengukir kenangan dan menguji hati. Yang Manis dikunyah untuk mematangkan diri dan yang pahit kita ditelan sebagai penawar.
~ Selamat Hari Lahir Teristimewa Buat Diri Sendiri ~