Friday, September 5, 2008

Sebuah siri Mistik Bombastic di bulan Ramadhan dengan tajuk seram la jugak : 'JERANGKUNG DALAM TANDAS'

Suasana malam di kolej Seri Seroja cukup sunyi. Desiran angin yang bertiup perlahan membuai-buai langsir yang menutupi tingkap di dorm asrama itu. Cukup sejuk dan menusuk sampai ke tulang hitam. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik yang saling bersahut-sahutan. Malam makin pekat dan segala penghuni asrama sudah pun lena dibuai mimpi masing-masing.

Nun di dorm selasih, asrama putera kelihatan seorang mahluk yang masih Belum lelap. Bunyi katil double deckernya berkeriang- keriut. Sesekali dia memalingkan badannya kekiri dan kekanan. Serba tak kena. “Adusss...apasal time macam ni baru rasa sakit perut ni?” kata Meon . Sejak dari tadi dia menahan kemelut yang bergelodak di dalam perutnya.Dia menjenguk Mat Wan yang sedang sedap berdengkur macam musang kekenyangan. Sudah berkali-kali dikejutkan kawannya itu. Tetapi disebabkan kawannya itu memang kaki tido mati, maka segala teknik mengejutkannya menemui kegagalan.

Bukannya dia tidak berani ke tandas seorang diri tetapi dia segan dengan cerita-cerita seram yang selalu di dengari dari rakan-rakannya dulu. Cerita-cerita itu sudah cukup membuatkan bulu tengkuknya berdiri dengan sendiri. “ Ah…aku dah tak tahan ni, peduli hapa aku!” bentak Meon. ‘ korang tau tak? tu… kat atas tangki tu la ada member aku nampak budak kecik duduk bertenggek.’ Cerita Man gaban tergiang-giang di telinganya. Dia mengintai atas tangki itu dari tingkap dormnya sambil menelan air liur. Takde apa-apa kelibat pun. Meon menyarung selipar Jepun yang dah kelihatan agak sezen sambil berjalan menuju ke tandas dihujung paras dormnya itu. ‘ Hari tu..member aku ternampak kelibat pompuan tua dok berdiri kat hujung tandas tu lah. Muka dia yarabĂ­…hodoh giler. Biji mata dia korang tau? Siap terkeluar!.’ Cerita Sarip pula tiba-tiba bermain di cuping telinganya. Langkah Meon terhenti. “Alamak!”. Tiba-tiba bulu tengkuknya berdiri. Dia terbayang kalau-kalau masa dia hendak masuk tandas karang, terpacul je orang tua seperti yang di ceritakan oleh Sarip tu. Meon berlari menuju ke biliknya semula. “ aduh ….Macamana ni!?” rintih Meon tatkala perutnya semakin memulas-mulas seperti ada ular sawa yang membelit ususnya. Peluh jantan mula memrcik di dahi. Sakit perutnya makin tidak tertanggung lagi. Dia sekali lagi cuba mengejutkan Mat Wan. Hasilnya tetap menyakitkan hati dan sanubari.

Akhirnya Meon mengagahkan jua kaki dan dirinya berjalan menuju ke tandas yang kelihatan cukup gelap gelita itu. Kali ini dia tidak menghiraukan lagi setiap kata-kata yang berbisik-bisik di telinganya. Sepanjang perjalanan itu suasana cukup gelap dan menyeramkan. Kerana semua penghuni bilik di laluan itu telah memadamkan lampu bilik masing-masing. Apabila dia berdiri didepan muka pintu tandas. Suasana dalam tandas itu juga turut gelap.

TAP! Meon menekan suis lampu tandas. “Ahh…tak hidup pulak…” hatinya kian berdebar. Sesekali hidung terhidu bau aroma dalam tandas yang boleh merosakan paru-paru. Meon memberanikan diri masuk ke dalam. Setibanya dia di dalam tandas. Dia merasakan ada mahluk berdiri di belakangnya. Dia menoleh. Namun tiada apa yang dapat dilihat. Daun pintu tandas berbunyi seperti mengoyak ketika dia menolaknya. Cukup seram.

Semasa Meon memalingkan badannya untuk menutup pintu tandas. Matanya terpana pada kelibat di depannya. “Apo plak ni? Alamak… An..an..Antuuuuu!!!” pekik Meon bergema dalam tandas tersebut. Meon mengelupur di dalam tandas dan akhirnya dia melompat seperti katak dan menendang pintu tandas sambil menjerit-jerit seperti orang terkena hesteria. Sampai dimuka pintu bilik ..KEDEGANGG!! dia menendang daun pintu sekuat tenaga yang ada.. Akibat dari bunyi dentuman pintu yang menghentam dinding, maka kesemua penghuni dorm tersebut menjerit serentak ala soprano dek keterkezutan ya Amat sangat.

Meon juga turut menjerit sampai mengilai-ngilai sambil melompat-lompat diatas perut Mat Wan. Akhirnya Meon longlai pengsan dek kerana satu ketempelengan yang maha hebat dari satu tangan yang tidak diketahui siapa pemiliknya.

Pada keesokan paginya,di kafeteria isu malam tadi menjadi perbualan hangat. kebanyakan student memperkatakan perkara yang sama. Pelbagai andaian dan cerita dapat di dengar hinggakan kadang kala melangkau logikal akal manusia yang waras. Tetapi bagi Meon, Mat Wan dan kesemua penghuni dorm selasih..Segala-galanya sudah terjawap di bilik felo apabila masing-masing mengetahui bahawa mahluk yang disangkakan Jerangkung dalam tandas itu sebenarnya adalah ketua felo mereka. Di satu sudut, Meon tersengih sambil mengosok2 pipinya yang masih berbekas cap lima jari yang ngam dengan saiz tapak tangan ketua felo mereka.

-Tamat-
(Cerita ini dibawakan khas oleh penaja rasmi untuk berbuka puasa nanti iaitu Murtabak Makcik Timah dan cucunya).

No comments: