Sunday, September 7, 2008

SEBUAH SIRI PRIHATIN ...Maka kami persembahkan kepada anda sebuah cerita bertajuk :- ‘AJIS ROCK’














AJIS ROCK merupakan karya penulisan humor aku yang pertama tersiar di sebuah Majalah kartun tempatan. Namun atas sebab terlalu rajin, aku edit lagi cerita ni supaya menjadi lebih ntahapahapa sebagai bahan bacaan korang dikala boring. TQ for U All !

Ajis merupakan mamat Rock kapak paling mahsyur kat sebuah kampung bernama Kg..Retang. Kalau ada kenduri kahwin, pasti Ajis akan dijemput membuat show. Kenduri khatan pun kadang-kadang ada, tapi kenduri arwah takde la pulak nampak dia buat show. Disebalik kemasyhuran namanya itu sebenarnya tak siapa tahu hati Ajis masih sunyi, masih diselubungi mega yang berarak kelabu. Ajis mengharapkan akan ada seorang aweks yang mampu memberi sinar keceriaan dalam hidupnya.

Suatu ketika dulu, Ajis ada meminati seorang minah yang keje di sebuah kilang elektronik di kampungnya...tapi dia je yang syok lelebih, minah tu buat derk je kat dia. Iyelah..dia sedar ... muka dia kalau diletakkan bersebelahan dengan cipan pun, pasti orang tak dapat membezakannya, sebab kedua-duanya tak hensem. Bagi mengukuhkan lagi fakta yang diupgradekan dalam mindanya ialah kejadian pada tempoh hari. Ketika itu Ajis hendak membeli keropok ikan di sebuah kedai di pekan. Dia telah terserempak dengan minah ni kat emporium berhampiran kedai tersebut. Bukan main berkepit lagi minah tu dengan Sarip Dol iaitu anak lebai junoh. Time tu berapi je biji mata Ajis. Kalau diikutkan kepala setan yang bersarang dan ditambahkan lagi dengan kebrutalannya, mahu aja dia membelasah Sarip dol sampai jadi tempe dan minah tu menjadi tempoyak.

Cuma dia masih sedar dan mampu berfikir secara educated (Walaupun UPSR dia kene repeat sampai 8 kali) bahawasanya memang relevan la minah tu tangkap syok kat Sarip Dol, berbanding dirinya. Sebabnya mudah...kalau tanya kat kambing pun..dah tentu binatang tu bleh jawap YA! ( kalau korang paham bahasa binatang la). Sarip Dol adalah satu-satunya anak muda di kampungnya yang berjaya belajar sampai ke pusat pengajian tinggi.Berbanding anak muda kampungnya yang lain. Sebab kebanyakan anak muda dikampungnya layak dapat masuk pusat serenti aje...itupun dua tiga kali dok repeat.

Menyedari akan hakikat itulah Ajis seakan-akan berasa rendah diri dan merelakan gadis pujaannya berlalu pergi. Seringkali Ajis melepaskan tension dan kekecewaannya dengan nyanyian lagu-lagu rock. Baginya semua itu sudah cukup untuk mengubati kelukaan dihatinya yang dah banyak kesan parut itu dan torehan.

Satu hari, di waktu petang yang agak mendung dengan angin yang berhembus lembut, Ajis didatangi oleh seorang teman iaitu Wan.
“ Woi! Jis, aku ada berita baik ni!”
“Mendanya..?.”
“nih..ko tengok ni...ko tahu apa ni?”
“Iyelah tu kan surat..ko ingat aku bangang sangat ke?”
“iyelah...tapi surat ni untuk ko lah!”
Berdentum kedengaran ayat itu dikepalanya. Seingatnya belum pernah dia menerima apa-apa surat sebelum ini. Dan ini merupakan satu kemajuan dalam hidupnya.
“Dari siapa surat ni Wan?” soal Ajis sambil control macho.
“Ntah..mana la aku tahu..ko buka la sendiri.”balas Wan sambil menghulurkan surat tersebut kepadanya.
Surat itu dibuka penuh suspen. Lipatan kertas kajang berbau harum itu dibuka perlahan-lahan. Dia menatap perkataan yang tertulis pada surat tersebut.
“Apa dia cakap Ajis?” soal Wan.
Ajis diam, sesekali matanya merenung jauh dan kemudian kembali menatap warkah itu.
“Apa dia cakap Ajis Woi!!!..” pekik Wan sambil menunjal kepala Ajis.
“Kau baca lah sendiri..” kata Ajis sambil menghulurkan surat tersebut ke muka Wan. Wan pun menyambut dan membaca isi surat tersebut dengan rakusnya.
“HAHAHAHAA...” mengekek Wan tergelak setelah memahami isi yang tertulis.
“Apasal ko gelak Wan?”Soal Ajis tatkala melihat kegedikkan Wan gelak setelah membaca isi surat tersebut.
“Nih...ni ha..ada Aweks syok kat ko ya Ajis?” terang Wan.
“Iye ke???” tanya Ajis beria seakan-akan terkezut. Barulah Ajis memahami isi surat tersebut, sebab tadi tu pun dia cuma berlakon macam pandai baca. Ajis sebenarnya buta huruf, sekolah pun tak penah full. Asyik monteng je..last2 cikgu bengang ...cikgu tu silambam tengkuk dia dan buang dia dari sekolah. Sejak itu dia bersumpah lapan belas keturunan tak akan ke sekolah lagi. Sesekali timbul kesal dala dirinya kerana melafazkan sumpahan itu...disebabkan sumpahan itu jualah dia pernah termakan sumpah tersebut. Kejadian ini berlaku ketika Ajis n Gang memasuki kawasan sekolah untuk membuat show sempena Hari Guru. Sebulan dia mengalami gangguan cirit birit yang berpanjangan. Sampaikan merangkak dia berulang alik ke tandas. Seksanya seperti mahu beranakan anak gajah.

Sejak kehadiran surat itu, kehidupan Ajis mula menunjukkan tanda-tanda happy go lucky. Ajis mula mengupah Wan menulis surat2nya. Setelah berkotak-kotak kertas kajang habis di buat surat. Ajis membuat keputusan untuk berjumpa secara face to face dengan minah tersebut. Green light pun sudah diberikan. Ini terbukti kesahihannya apabila mana minah tu sendiri bersetuju ingin berjumpa dengannya.

Saat bahagia yang di dambakan selama ini akan menjadi realiti dalam hidupnya. Tatkala jarum jam mencecah angka sepuluh. Ajis sudah tercegat di depan petrol pump dengan kapchai EX-5 dreamnya. Berkilat tayar motor tu apabila terkena panahan cahaya matahari. Keadaan ini menyebabkan mat2 bangla yang bertugas pada hari tersebut terpaksa memakai spek mata itam.

Seperti yang dijanjikan jua..Ajis melihat seorang gadis punyalah cun tahap bidadari muncul disebalik rimbunan pokok bunga kertas yang tersusun berderet disebelah kedai makan yong tau fu. Lenggang lenggoknya sudah cukup untuk membuatkan pakcik-pakcik yang bersidai di kedai itu mengorder sebaldi tongkat ali. Betapa bangganya Ajis bukan kepalang lagi. Sampaikan lobang hidungnya mencatatkan rekod pengembangan terbaik dalam sejarah kembang kuncupnya.

“Yes!!!” Tidak semena-mena terpacul perkataan dari mulutnya. Gadis tersebut semakin menghampirinya. Dan dia dapat merasakan getaran jantungnya kian berdegup dengan tidak konsisten sehingga memaksa dia menyedut ubat asma yang sentiasa terselit di poket bajunya. Tiba-tiba....PAP! satu tepukan agak keras mengenai bahunya. “Woi..apa ni ha??” pekik Ajis. “Apa Woi-Woi??..Engkau tu la ...dah biol agaknya. Ni ha..aku suruh baca surat ni..yang ko sempat terlelap ni apahal??” bebel Wan. “Eh?? Iye ke?? Aku tido ke?” terpinga-pinga Ajis, sambil tangannya cepat menyapu air liur yang meleleh ke pipi. “Ceh! Bermimpi la pulak aku..heh.”bisik Ajis perlahan. “ kau baca kan la Wan. Aku bukan pandai baca pun.” Kata Ajis terus terang. “La...ko tak tau baca rupanya...takpelah..sebabkan aku kawan kamcing ko... maka dengan rela hati..aku tolong bacakan isi surat ni iyee...” sindir Wan. mendengar kata-kata Wan itu tadi, mahu saja dia melagakan kepala budak tu ke bucu tingkap. Tapi... bila mengenangkan kesudian Wan membacakan isi surat itu...terpaksalah dia mengenselkannya.

Wan membaca isi surat itu dan tersenyum bangga memandang Ajis yang masih terlopong menanti penjelasan Wan. “Apa dia kata Wan?” soal Ajis terburu-buru. “ Tahniah Ajis! Ko di offer jadi recording artis kat kolumpo.” Serius muka Wan semasa memaklumkannya.

EYAHOOOOOOHOHOHOOO!!!! Pekik Ajis. Dan mereka berdua melompat-lompat kegembiraan seperti beruk makyeh lagaknya.

“ Tercapai jugak hasrat Ajis nak jadi penyanyi mak!!!!!” laung Ajis ke telinga emaknya yang ketika itu tengah syok tido ternganga diberanda rumahnya itu...
-Tamat-



2 comments:

Meooo Comicore Club said...

taniah.. taniah. cantek

JOE said...

tq..tq...boleh la bro...bukan pandai menulis sgt pun ...hehehe