Tuesday, October 28, 2008

SIRI HIKAYAT DARI BARAT.

Diriwayatkan alkisah suatu temberang oleh seorang penglipur melarat. Berlaku peristiwa ketika zaman pemerintahan parameswaran iaitu anak sedara tiri uwan parameswara. Di sebuah kampung bernama Sekangkang kucing. Adalah diriwayatkan bahawa penduduk kampung ini kebanyakanya berkerja sebagai penternak kucing susu. Ini kerana pada masa itu, ternakkan kucing susu mampu memberikan pulangan yang tinggi dan famous. Malahan di temberangkan lagi bahawa hasil susu kucing ini telah mendapat tempahan dari negara-negara barat kerana ianya telah dikomersialkan untuk dijadikan bedak sejuk dan amat diminati oleh para penduduk di barat.

Arakian, kegelemeran kampung sekangkang kucing ini telah menarik minat seorang pedagang barat yang tersangatlah kaya pada masa itu, yang bernama Christoper Columunimbus. Maka Christoper Columunimbus pun menghantar utusan kepada parameswaran untuk membuat lawatan ke kampung sekangkang kucing. Maka Parameswaran dengan bangga dan kembang lubang hidungnya telah mengalu-alukan kedatangan pedagang barat itu.

Alkisah maka hari yang ditunggu pun tiba. Kedatangan Christoper Columunimbus telah disambut dengan paluan kompang oleh persatuan belia 4B kampung sekangkang kucing. Maka ramailah penduduk kampung sekangkang kucing yang datang untuk melihat dan beramah mesra dengan Christoper Columunimbus. Tak kiralah sama ada yang tua, muda, kecik, besar, cantik, huduh, panjang pendek semua-semua dok pakat datang. Maka Christoper pun berjalanlah sambil bersalam-salaman dengan penduduk kampung yang kebanyakkannya berbau taik kucing itu. Tiba-tiba Christoper terpandang seorang budak kecik yang sedang didukung oleh ibunya. Christoper kehairanan melihat benda alah yang dimakan oleh budak itu. What it this? Tanya Christoper kepada Parameswaran yang dari tadi dok tersengih-sengih sambil melambai-lambaikan tangannya kepada penduduk kampung. “ Ohh..benda ni kalau nak makan kena Cokot (gigit) dan jilat” kata Parameswaran dengan kompedennya. “What..Cokot Jilat?” tanya Christoper yang masih tak paham dan blur. “ Iyee..Cokot Jilat..Cokot Jilat..cokot jilat” kata parameswaran sambil mencokot dan menjilat benda alah yang dipegang budak kecik itu dengan rakusnya sampai abis. “Ohh… Cokolat!” kata Christoper yang masih bengap dalam berbahasa melayu jawa.

Arakian apabila Christoper balik ke negaranya dia telah menghasilkan satu produk yang diberi nama ‘Cokolat’ iaitu sempena nama benda alah yang dimakan oleh budak kecik itu. Maka bertambah kaya raya lagilah Christoper bila produk yang diperkenalkanya itu mendapat sambutan dan semakin diminati sampai ke hari ini. Abih...

2 comments:

aMeir said...

Arakian dipesan orang dahulukala juga, ada baiknya bersimpang malaikat empat puluh empat, apabila nikmat mencokot dan menjilat, jangan termakan sambil mengelamun kerana rosaklah salur peredaran nafasmu, akibat tercekik dan terlekat melekat cokot jilat. Merana seumur hidup macam terjadinya pada Wak Lamin yang mati terketar-ketar depan Columenimbus itu. Dikabar juga Tuan Parameswaran akan perkhabaran itu kepada tetamunya si Columenimbus. Demikian kerana kurang arifnya berbahasa Melayu, apabila pulang , dicampurnya tepung Melamin ke dalam Cokot jilat hasilannya itu yang diperbuat di negeri limau nipis. Tersebarluaslah skandal MELAMIN wak Lamin itu akan seluruh dunia.

JOE said...

hahahahaha...sekali ada sambungan lagi daa..bagus..baguss..hehe