Tuesday, January 13, 2009

BUDAK KARAN- Bahagian 4

Hari ni memang suweybuat Man dah la tadi kene hamun dengan cikgu Sarip...
Ini dalam tandas tiba-tiba muncul pulak Si Bob kaki pau! Ingatkan Bob dah lupa. Rupanya kuat juga daya ingatan mamat sorang ni. kurang makan semut kot.
Sementara itu, di luar tandas lelaki. Ghani bertindak sebagai bouncer. Jika ada pelajar-pelajar lain yang hendak menggunakan tandas disitu akan di halau. Ghani ni memang biadap betul lah!
Poyo betul.
Sementara itu juga, di dalam tandas Bob sedang mengasak Man. Sampai kaki naik ke dada...huh! Bob makin naik hantu bila Man gagal melunaskan janjinya semalam. Ini dah kira macam buli pun ada.
Dan akibatnya....
Sedang rancak Bob membelasah Man...tiba-tiba......
Lampu tandas padam!!

Keadaan ini membuatkan Bob agak terkunjat (terperanjat). Dia Sangkakan Ghani yang padamkan lampu dari suis luar. Padahal Ghani pun tak tahu lampu tandas tu padam. Dia lebih perasan hensem je. bila mana mengorat budak-budak pompuan yang gedik melintas depan tandas tu.
Di dalam tandas Bob dah mula hangin. Dia membebel macam orang yang sasau tak dapat makan tempe cicah kari kambing.
Tiba-tiba...ada bunyi yang seakan-akan renjatan elektrik.