

Perhatian terhadap Man juga menghantuinya sampai ke dalam kelas. Di mana pasti ada minah-minah yang cuba nak menackle Man. Tapi Man buat derk jelah. Bagi dia budak pompuan ni semua tak boleh percaya. Semua yang rapat tu ada makna dan agenda yang tersendiri.
Bak kata Guru bahasa Melayu dia..Puan Laili---> "Ada udang disebalik mee kari".. Pasal apa Man cakap macam tu....Alasannya cukup mudah, dulu dalam kelas, diorang lah yang selalu mengutuk Man. Cakap muka takde taste la..kepala gonjeng banyak parut lah..macam-macam kata-kata nista dan berbisa menusuk ke telinga Man..tetapi sekarang kenapa mesti mereka perlu berlumba dan bersaing untuk berada disisi beliau. hairan bin ajaib tak?

Jadi Man tak mahu terjebak dalam sendiwara dan tak mungkin dia akan memberi peluang pada mereka semua. Masa inilah turn beliau nak tunjuk demand sikit. hehe...Ingat artis je ke pandai demand. kahkahkah...


Cuma Ghani je yang kelihatan asyik berlari-lari ke hulu ke hilir di hadapan tandas sambil menjerit-jerit seperti orang sasau. Guru-guru semua dah tensen tengok tebiat budak Ghani ni. So, diorang semua takmo ambik port lagi.."Lantak la..jangan dia tikam tukang kebun sekolah sudahlah" kata Guru Besar dalam perhimpunan pagi... kesian Ghani hidupnya sekarang sering ketakutan. APa yang dia takutkan semua orang tak dapat nak explain. mybe agak mistik.

Ceh! geli geleman aku mendengaunya...hahahaha...
Biasalah... sudah menjadi adat dan resam kehidupan. Bila sudah popular akan ada yang berasa dirinya tercabar dan timbul rasa kurang senang. Maka timbul pula rasa tak puas hati atau lebih tepat dan spesifik kalau di nobatkan sebagai PHD (Perasaan Hasad Dengki).
Jakpo adalah mahluk yang berasa dirinya tercabar dengan populariti Man. Menurut statistik yang dijalankan oleh kuncu-kuncunya jelas menunjukkan bahawa Ranking Jakpo mengalami penurunan yang mendadak setiap hari. Sebaliknya Ranking Man mencanak naik pada paras paling popular mengalahkan Guru Besar sekolah beliau. Maka dari situlah terbit hakikat rasa menyampah, meluat dan jelik dalam diri Jakpo terhadap Man.
Saat ini, Jakpo merasakan perlu dia mengembalikan Hakikat bahawa I'm the best!
Jakpo mula merancang plan dan agenda yang paling terancang untuk menghancurkan Man. Dia mahu Man menjadi mahluk paling hina di mata warga sekolah selepas plan ini dilancarkan. Bila sudah wujud rasa benci sangat.... itulah jadinya. kalau boleh dia nak tengok orang yang paling dibencinya itu lupus dari pandangan mata. Sekaligus tidak diingati mahupun dikenang. Dahsyatkan?
So, kita tengok je lah apa jadi lepas ni...
No comments:
Post a Comment