Saturday, April 4, 2009

Satu malam....
Jakpo telah mengumpulkan ahli dia yang terdiri dari Gapar dan Samad . Target utama adalah untuk merancang strategi mghancurkan Man.
Gapar dan Samad ni memang popular sebagai kutu berahak.
Kiranya… macam samseng la kat sekolah tu.
Tak sangka pulak ketua pengawas sekolah yang disegani dan dipercayai oleh guru-guru ada bergaul dengan mamat dua ekor ni. Mungkin Masing-masing ada agenda dan kepentingan mereka tersendiri disekolah ini.
Malam tu sedang semua penghuni aspura dan aspuri nyenyak tido di ulik intan. Sedangkan
3 ekor malaun ni telah memerah otak untuk merancang strategi terkutuk mereka. Sesekali kedengaran suara mereka bergelak ketawa, sekaligus memecah kesunyian malam. Jarum jam dah menunjukkan tepat pukul 12 malam. Bunyi cengkerik kian rancak bersahutan seakan-akan ada pertandingan nyanyian antara mereka.


“ Orait geng! Ingat plan kita tadi. Aku nak kau orang pastikan target kita tu Hancur...har..har..har....” pesanan Jakpo pada 2 orang balacinya.
Gapar dan Samad tersengih sambil menunjukan isyarat sukses pada Jakpo. Jakpo turut tersenyum sinis sambil membayangkan musuh ketatnya akan kecundang dalam perangkap yang mereka telah rancangkan.


Tanpa mereka sedari sebenarnya perjumpaan itu turut diikuti oleh tetamu yang tidak diundang. Tetamu ini Sejak mula tadi sentiasa memerhatikan perkembangan perbincangan kumpulan Jakpo dan kuncunya.
bersambung lah...


2 comments:

gayour said...

perspektif bangunan sekolah yang hebat!

hebat!

BRADER JOE said...

dah macam iklan sabun basuh lak..HEBAT!!
HUHU...

TQ..BRO. GAYOUR..
hamba akan berlatih bsungguh2 lagi...