Jika kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya...
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa..
Sedangkan jika kamu memaafkannya...
boleh jadi hubungan persahabatan kamu lebih bermakna
dari percintaan yang mengecewakan.
13 comments:
jika joe blues, meh layan "OT" kat CC ha ha
oh indahnya bicara ini..hehe
joe blues... kuhehkuhehkuheh...
caluk...
layan blues la pulak brader...OT dah mencecah lapan juta dh tu..lom claim lagi..hikhik
eliza,
indah ek..huhu..
dina,
yup...blues ular sawaaa...hakhakhak
layan bluesss ehhh..
qirana...blues felda ku..ehekhek
huishhh..joe..hebatnya..puitis sungguh madah itu..hehehe
hahaha..baru ko tau kepuitisan aku ek..layanzzz..
ko buat MokYang tambah rindu pada ko la JOEEEEEE...!
asik kita je nak jaga perasaan orang..bila la org nk jaga perasaan kita =(
Yushafieza,
Biarlah kita menjaga hati orang sebagaimana kita menjaga hati kita walaupun pada hakikatnya hati kita terluka kerana seandainya kita yakin dengan ketentuan Allah swt, pasti suatu hari nanti akan ada yang menjaga hati kita umpama berlian. Setiap kesabaran itu akan membawa keberkatan. :)
highly salute u brader!!!
salute kat ko jugakkk..
toinggg!!(tabik spring!)
Post a Comment