Monday, June 30, 2008

DARI CELAH GIGI PRESIDEN CARTOONRIA!


EErr... APA KABOR Korang semua..DAH MAKAN???

Sebenarnya brader maleh nak jadi Presiden blog ni. melambak lagi keje brader yang terbengkalai kat sempadan Tibet nu.. Tapi selepas brader disogok dengan Offer Duit Lapan belas juta dan diberi subsidi minyak sepanjang hayat bersama package di cekik tengkuk kalau tak terima. Brader setuju jugak laa...(dalam terpaksa).


Berdasarkan statistik yang di buat oleh pihak perbancian yang kami lantik dari serata Dunia nyata dan tak nyata serta ejen planet2 berhampiran. kami mendapati blog ni menerima kunjungan yang agak memberangsangkan hingga patah tangga depan dan roboh tiang bahagian dapur akibat pengunjung yang rata2 tak mahu balik. Ada yang bawak khemah, katil,tilam, dan perkakas menanam padi huma.


sehinggakan tuan blog terpaksa menumpang reban kambing jirannya untuk menampung jumlah pengunjung yang makin hari makin membiak secara aktif. Apapun jutaan terima kasih kami lambakkan untuk semua pengunjung setia, tak setia, dan pura2 setia selama ini. Kami berjanji akan cuba menampilkan kelucuan yang boleh membuatkan korang tersengih, tercungap, tergelak besar dan kecik. Kami dengan ikhlas tanpa minta wang pampasan akan cuba menceriakan hari-hari yang membosankan dengan kelucuan bersahaja.
kalau tak kelakar pun gelak lah jugak supaya muka anda tak cepat tua.


Sekian dulu untuk Korang semua!



"motto kami ialah ----> 'LAWAK UNTUK SEMUA, MAJULAH LAWAK UNTUK TEMULAWAK'



Salam Ukhuwah


BRADER JOE


(Presiden kena Paksa)




2 comments:

Meooo Comicore Club said...

steady brader joe!!!!

JOE said...

steady la jugak...hehe..
blog ini akan tampil dengan lebih agresif sedikit masa lagi. sama2lah kita menceriakan dunia dengan humor santai di alam maya ini!