Friday, August 1, 2008

AWEK LRT.


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul di depan seorang pemuda yang sedang duduk. Sesekali si pemuda menjeling ke arah si gadis. Si gadis berbisik di dalam hati" Apahal lak mamat ni...nak ngorat aku ke?".

Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya seraya berkata,

"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Pemuda itu terduduk semula. Namun dia cuba bangun sekali lagi. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,

"Tak apa.... tak payah susah susah....saya lebih suka berdiri."

Tanpa berputus asa pemuda itu masih mahu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,

"Assalamualaikum cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian sepatutnya ni tau !!?".

Kiriman : Raha.

No comments: