Saturday, August 2, 2008

Side A - Side B

Suatu hari ,Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit.

Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi dan beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu. Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi. Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula.

Lalu doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak menyanyi tadi terlentang....tapi sekarang awak menyanyi sambil meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo... tadi tu Side A..ini Side B pulak." sambil menyambung nyanyiannya lagi.

(Kiriman : Afiq, JB.)

3 comments:

Ebriza Aminnudin said...

kelakarlah joe .. banyak side dia ye ... hehehe

JOE said...

yup! ebriza...itu la pasal...

terima kasih jua pada Afiq atas kirimannya yg. lawak ni..hehehe..

dina said...

hahhahaa... gelihati tul... ko buat kartun le lawak ni jo... mesti berguling org gelak... hahahahaa