Tuesday, August 12, 2008

NUR RAMADHAN

Sempena kehadiran Ramadhan yang akan menjelang kelak, maka sama-sama kita renungkan sejenak perkara di bawah ini:-
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman , kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al-Baqarah:183)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu." (Muttafaq-Alaih)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :
" Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fisabilillah iaitu semata-mata menuju kepada ketaatan terhadap Allah S.W.T, melainkan Allah menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan." (Muttafaq-Alaih)
Terdapat juga hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Annasa'i yang bermaksud :
" Adakalanya orang yang berpuasa itu tidak mendapat sebarang pahala dari puasanya kecuali haus."
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang menerangkan lampu masjid di dalam bulan Ramadhan , maka baginya cahaya dalam liang kuburnya dan dicatatkan pahala untuknya pahala orang yang solat di dalam masjid itu dan para malaikat sama-sama memohonkan kebaikan (selawat) untuknya, bahkan malaikat pembawa 'Arasy' pun memohonkan keampunan untuknya, selama lampu itu ada di masjid." (Dzakhiratul'Aabidina)
Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan dalam melaksanakan ibadah puasa dalam erti yang sebenarnya...insya Allah...Amin Ya Rabbal A'lamin.....

No comments: