Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK!


Assalamualaikum.


Alhamdulillah... bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberi nyawa bagi meneruskan kehidupan dan kita masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan penuh kesucian iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Terdapat juga beberapa kisah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dan Wali-wali Allah s.w.t. yang beribadat ketika berada di Bulan Ramadhan untuk kita jadikan sebagai iktibar :

1. Umar Al-Khattab r.a. akan sentiasa bersolat setiap malam sehingga waktu Subuh menjelma.

2. Uthman r.a. setelah berpuasa sepanjang hari, akan menghabiskan malam dengan bersolat. Beliau hanya tidur sekejap di bahagian permulaan malam. Beliau akan mengkhatamkan Al-Quran di dalam satu rokaat solatnya.

3. Hazrat Qatadah rah. mengkhatamkan seluruh Al-Quran di dalam setiap tiga malam Ramadhan. Sementara di dalam sepuluh malam terakhir beliau akan mengkhatamkannya setiap malam.

4. Seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Ibrahim Adham pula sepanjang Ramadhan tidak akan tidur sama ada siang ataupun malam.

5. Imam Syafie rah. pula di sepanjang Ramadhan menghabiskan enam puluh kali Al-Quran di dalam solatnya sama ada di waktu siang ataupun malam.


Semoga dari kisah-kisah di atas dapat kita mengambil manfaat dan pelajaran darinya.

Selamat berpuasa buat semua!
AMIN.


4 comments:

caluk@cencaluk said...

selamat berposa joe --> bila kau free leh buka posa sama2 he he

BRADER JOE said...

hi..selamat bposa caluk.
bila ek..huhu...insya Allah..

azieazah said...

Selamat berpuasa JOE.. jangan tinggal tawww...

Eh kalu ko free, bagitau ler CALUK, sbb MokYang nak gak tumpang barang 4 5 mangkuk berbuka sama...Ahaks!

BRADER JOE said...

Selamat berpuasa.. Mok yang jangan tinggal puasa jugak taww...kikiki

alamak sampai 5 mangkuk...tak makan la aku nanti..takmo la ajak mok yang kan caluk kan..kan..kita2 jer kan..kan..
huhu :-)