Saturday, October 10, 2009

PANTUN ROCKERZ!


Pantun merupakan salah satu genre sastera melayu yang masih utuh hingga ke hari ini. Kebiasaanya pantun mempunyai tema dalam menyampaikan mesejnya kepada audiens.
Maka aku persembahkan pantun berkarangan yang bertemakan ROCK untuk korang!


Buah kedondong di luar pagar
panggil mak kiah suh tolong jolokkan
aku mat rock baru belajar
kalau tak berapa nak rock tu tolonglah Rock kan!

Pisang nangka di bawa belayar
masak setandan di atas keta kenari
hutang gitar karan wa tak mampu nak bayar
sebab duit show wa nyanyi di bawa lari!

Dua tiga musang berkaraoke
Mana nak celen dengan suara Musang belang
Dua tiga lagu Rock selamber je wa henjut karaoke
kalu soh wa henjut marhaban... ingat suara wa ilang!

Tanam pisang rapat-rapat
biar susah monyet nak lari
dulu wa penah la nak masuk AF.. tak penah dapat-dapat
lepas tu wa pikir baik wa masuk lumba lari!

Chiowww!!




4 comments:

azieazah said...

Kalu AF ada kategori pantun, baru lu bleh masuk JOE... itu time kalu, MokYang hari-hari undi sama lu...heheheh...

BRADER JOE said...

tu pantun jugak ke mok yang? ngeee

dina said...

suh mat rock masuk pertandingan berpantun, nanti aku undi sms...

BRADER JOE said...

mat rock masuk pertandingan pantun tak jd mat rock la..jd mat pantun la pulak..hehe..

apundi kacang!